Display Ads

CARA PENEMBUSAN eWALLET RM150 MELALUI PROGRAM eBELIA


Tahukah anda, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun ewallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, program khusus untuk golongan yang berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa itu akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.

Malahan dalam Perutusan Khas PEMERKASA, beliau berkata program eBelia ini akan ditambah baik dengan meningkatkan nilai kredit daripada RM100 kepada RM150, bermula Jun ini.

APAKAH ITU PROGRAM eBELIA?

Program eBelia ini merupakan bayaran secara one-off ke dalam eWallet yang diberikan kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.


GOLONGAN SASARAN eWALLET BELIA RM150

Untuk pengetahuan umum, program ebelia ini dikhususkan kepada dua golongan iaitu
  • Golongan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

TARIKH BAYARAN eWALLET RM150

Seperti yang telah dinyatakan, pembayaran eWallet belia akan dijangka bermula pada jun 2021.

CARA UNTUK MEMBUAT PENEMBUSAN eWALLET BELIA RM150

SENARAI BANTUAN LAIN UNTUK BELIA MELALUI PAKEJ PEMERKASA

  • New Gen Entrepreneur Online Bootcamp diperkenal bimbing 2,000 usahawan belia berniaga dalam talian
  • RM10 juta dana tambahan bagi perluas program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), manfaat 1,800 peserta
  • Kerajaan perkenal Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA bantu mereka ceburi bidang perniagaan
  • Pendaftaran SSM percuma untuk belia di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Program eBelia boleh klik 'IKLAN PENUH'

Post a Comment

0 Comments