Display Ads

BKSS 6.0 PAKEJ BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG


Seperti yang sedia maklum, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan tentang pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0. Menurut beliau, terdapat 8 langkah pembayaran tunai dan 7 langkah pemberian diskaun berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah bermula semenjak 29 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021.

Tambahan pula, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg juga turut mengumumkan lanjutan pakej BKSS 6.0 yang berjumlah RM1.4 billion untuk rakyat Sarawak. Berikut merupakan 8 langkah pembayaran tunai dan 7 langkah pemberian diskaun yang perlu diketahui.

Elaun Bulanan Khas Petugas Harian Untuk Tempoh 6 Bulan

  • Anggota Kesihatan - RM300
  • Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan - RM200
  • Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri - RM200
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jaga sempadan - RM200
  • Anggota RELA - RM200
  • Anggota Kastam Diraja Malaysia bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang - RM200
  • Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/ kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi - RM200
  • Anggota Bomba dan Penyelamat - RM200
  • Anggota Angkatan Pertahanan Awam - RM200

RM1500 Insentif Pengamal Media

  • Bantuan insentif kepada pengamal media barisan hadapan di Sarawak secara one-off RM1,500.

Bantuan RM1500 Penjaja & Peniaga Kecil

  • Geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Sarawak Pay
  • RM1500 dibayar secara dua peringkat
  • RM750 dibayar pada bulan Julai dan RM750 seterusnya pada bulan Disember 2021

RM500 Untuk Pengendali Penambang

Insentif untuk pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak secara one-off sebanyak RM500.

RM500 Untuk Pengendali Van, Teksi dan Bas

  • Insentif untuk Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak sebanyak RM600.

Bantuan RM500 Pemandu e-Hailing & Tenaga Pengajar Memandu

  • Bantuan Kewangan kepada Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu secara one-off melalui Sarawak Pay RM500.

Bantuan kepada Agensi Pelancongan/ Operator Homestay / Pemandu Pelancong

  • Bantuan khas kepada Agensi Pelancongan Berlesan - RM3,000
  • Operator Homestay Berlesen - RM600
  • Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen - RM500
  • Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen RM1,500

Diskaun Lain-Lain

  • Diskaun 5% sehingga 25% untuk bil elektrik bulanan
  • Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan
  • Diskaun 25% taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400
  • Diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah
  • Diskaun 50% sewa pasar dan gerai
  • Diskaun 50% sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)
  • Pengecualian bayaran sewa kepada Penguasaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC negeri
  • Penyediaan bakul makanan kepada isi rumah terjejas semasa PKP

Bantuan Tunai Bujang (RM500) 

  • Individu Bujang B40 berumur 21 tahun ke atas terima RM500 secara one-off bermula 31 Ogos 2021

Ketua Isi Rumah B40 (RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan)

  • Insentif untuk Ketua Isi Rumah B40 Sarawak untuk tempoh 6 bulan (RM250 Sebulan bermula 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021
INFO TAMBAHAN :Untuk membuat semakan mengenai kelayakan BKSS tekan 'iklan penuh' di bawah

Post a Comment

0 Comments