Display Ads

LANGKAH KEMASKINI STATUS IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU BAGI TEMUJANJI VAKSINASI

Terkesan dengan pandemik covid-19 dan ingin dapatkan vaksinasi? Jangan risau, MINGGUANKERJAYA akan berkongsikan tentang cara-cara untuk mendapatkan vaksinasi terutamanya bagi ibu mengandung dan ibu menyusu. Untuk sedia maklum, aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Malah, dengan adanya aplikasi ini ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Faedah Aplikasi MySejahtera 

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19;
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19; dan
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Golongan pengguna aplikasi MySejahtera

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
  • Pentadbir aplikasi di KKM; dan
  • Rakyat Malaysia dan semua warga asing yang menetap di Malaysia.

Senarai vaksinasi untuk ibu mengandung dan ibu menyusu


PERINGATAN : Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum vaksinasi bagi ibu mengandung dan ibu menyusu

Langkah untuk mengemaskini status ibu mengandung dan ibu menyusu bagi temujanji vaksinasi

Langkah Pertama : Klik di ‘Covid-19 Vaccination’



Langkah Kedua : Klik di 'Vaccine for' yang dibulat dengan bulatan merah



Langkah Ketiga : Kemudian, paparan ini akan keluar. Boleh klik di update pregnancy/breastfeeding status.

Langkah Keempat : Akhir sekali jawab soalan dan klik ‘submit’



Post a Comment

0 Comments