Display Ads

RASMI ~ PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021




Untuk makluman umum, Kementerian Kewangan dan LHDN telah mengumumkan tentang bayaran BPR Fasa 2 yang akan dibuat secara berperingkat ber
mula 7 Mei 2021 yang lalu. Bagi status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei namun terdapat segelintir penerima telah mendapati bahawa bantuan ini tidak dapat diterima oleh mereka disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Disini, mingguankerjaya hanya menyiarkan untuk membantu memudahkan proses permohonan rayuan BPR fasa ke 2 bagi anda.

Berikut merupakan langkah untuk membuat permohonan bagi status yang tidak lulus

KOD ALASAN TIDAK LULUS BPR FASA 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:
  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2

  • Seperti yang sedia maklum, anda boleh membuat rayuan BPR Fasa 2 bermula pa tarikh 15 jun sehingga 30 jun 2021.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2

  1. Sila layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Kemudian, klik pautan Log Masuk
  3. Mulakan untuk mengisi No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Ikuti langkah seterusnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  5. Info Tambahan : Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.

Post a Comment

0 Comments