Display Ads

[RASMI] PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA KINI DIBUKA

TUJUAN PENGAGIHAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Untuk makluman umun, Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup. 

KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik COVID-19.

BAGAIMANAKAH DENGAN MEKANISME PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut: 
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri
  • Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999
  • Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM)
  • Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kepada anda yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan cara untuk membuat permohonan Bakul Prihatin Negara boleh rujuk portal rasmi :

KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon. Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

BARANGAN ASAS YANG TERDAPAT DI DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg) 
  3. Tepung (2 Kg) 
  4. Bihun (400 Gm) 
  5. Kicap (650 Ml) 
  6. Sardin (230 Gm) 
  7. Biskut 
  8. Kopi

ADAKAH DIBENARKAN UNTUK MENERIMA LEBIH DARIPADA SATU (1) BAKUL PRIHATIN NEGARA? 

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin Negara sahaja. Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

'Mingguankerjaya hanya menyiarkan bagi memudahkan masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik covid-19 untuk membuat permohonan Bakul Prihatin Negara'.

KREDIT : jkm.gov.my

Post a Comment

0 Comments