Display Ads

KERJAYA DAN PENGAMBILAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DIBUKA


Senarai maklumat berikut merupakan iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. MINGGUANKERJAYA hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda.Untuk memohon sila ikut prosedur yang disediakan.

Maklumat Jawatan Kosong:

➤Majikan : TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

➤ Lokasi Kekosongan : RUJUK IKLAN

➤ Tarikh Tutup Permohonan : 18 JUN 2021 - 31 OGOS 2021

Jawatan kosong terkini yang diiklankan :

1. PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 65/22 (LELAKI)

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti prosedur memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan terlibat seperti di bawah.

Syarat Lantikan Untuk Memohon:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
3. Penglihatan -
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
6. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

1. Tinggi:
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
2. Berat:
  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Untuk Memohon:

1. Bagi calon yang kali pertama memohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

2. Calon hanya perlu melakukan permohonan kerja kosong baru di atas secara online. Pendaftaran yang dilakukan adalah secara percuma melalui pautan di bawah.

3. Klik pautan “IKLAN PENUH” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.

INFO TAMBAHAN : Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

(Untuk memohon klik pautan yang disediakan di bawah)

IKLAN PENUH

Post a Comment

0 Comments