Display Ads

PERMOHONAN BANTUAN i-SURI KWSP RM480 UNTUK RAKYAT MALAYSIA MASIH DIBUKA



Seperti yang sedia maklum, bantuan iSuri KWSP merupakan sebuah bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan Malaysia dan diberikan kepada golongan suri rumah, balu dan juga ibu tunggal. Tambahan pula, bantuan iSuri KWSP diberi adalah untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. MINGGUANKERJAYA hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda.Untuk memohon sila ikut prosedur yang disediakan. 



Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
  1. Pembayaran sebanyak RM480 diberikan bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
  2. Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
  3. Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
  4. Bantuan hilang upaya.
  5. Pengeluaran simpanan.
  6. Insentif kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Berikut merupakan beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk membuat pendaftaran i-Suri:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
  3. Belum mencapai umur 60 tahun.
  4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).

GOLONGAN YANG LAYAK UNTUK MENCARUM

  1. Suami bagi pasangan yang layak
  2. Diri sendiri (isteri)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohon bantuan i-Suri:
  1. Bawa kad pengenalan beserta dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
  2. Borang i-Suri KWSP 16G (M) - Untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Borang i-Suri KWSP 6A (2) - Untuk semasa pembayaran.

PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:
  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  2. Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.

INFO TAMBAHAN

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan i-Suri, boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000
Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my

KREDIT : SALAMKERJAYA.COM

Post a Comment

0 Comments