Display Ads

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2021 MASIH DIBUKA


 


Anda teringin nak ada rumah sendiri? Untuk makluman, Program Rumah Mesra Rakyat diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.MINGGUANKERJAYA hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda.Untuk memohon sila ikut prosedur yang disediakan.



SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon & pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian & bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps 6 (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

CARA PERMOHONAN MELALUI SISTEM RMR ONLINE

  • Layari http://rmr.spnbonline.com.my
  • Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  • Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  • Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  • Isi maklumat ke dalam sistem
  • Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  • Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (Jika Berkenaan)
  • Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon Kedua (Jika Berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan Sijil Carian Rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3bulan) / Surat Akuan Sumpah pendapatan / Surat 5 Pengesahan Pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat Akuan Sumpah / Surat pengesahan tidak memiliki rumah atau 6 memiliki rumah yang usang*
  • Surat Akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang Laporan Tapak Bergambar

BERIKUT MERUPAKAN CONTOH REKA BENTUK RUMAH MESRA RAKYAT


NOTA :
Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.

Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Post a Comment

0 Comments