Display Ads

PERMOHONAN BANTUAN RM1000 SEBULAN UNTUK KANAK-KANAK SELURUH MALAYSIA 2021

 


Untuk makluman buat ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun kini boleh memohon bantuan kanak-kanak sehingga RM1000 sebulan. Seperti yang telah sedia maklum, bantuan kanak-kanak merupakan sebuah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas bagi tujuan membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak. MINGGUANKERJAYA hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda.Untuk memohon sila ikut prosedur yang disediakan.

KADAR BANTUAN KANAK-KANAK

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
  • Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
  • tamat menengah atas;
  • ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
  • kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA PERMOHONAN

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Kemudian, cetak Borang Permohonan
3. Atau, cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Berikut merupakan beberapa dokumen penting yang perlu dibawa untuk memudahkan urusan pentadbiran : 
  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, 
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, 
  • salinan penyata gaji (jika ada), 
  • dan lain-lain dokumen yang berkaitan.


Post a Comment

1 Comments

  1. Utk bantuan 700 yg prrnah terkena covid,ada sesiapa yg tahu utk masuk link

    ReplyDelete