Display Ads

CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BAGI BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP) RM500 SECARA ONE-OFF



Pada tanggal 26 oktober 2021 yang lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan akan menyalurkan bantuan RM500 melalui insentif Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) kepada golongan yang layak. 

Menurut Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa bantuan ini akan diberikan secara one-off yang berjumlah sebanyak RM500 kepada mereka yang layak.

Malah, “Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021. Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.


SEMAKAN BKP ONLINE

Ramai yang tertanya bagaimana cara untuk membuat semakan BKP secara online. MINGGUANKERJA.COM hanya menyiarkan untuk memudahkan proses semakan anda .  Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan BKP secara online:

Anda boleh melakukan Semakan status kelulusan BKP secara online bermula pada 26 Oktober 2021 melalui laman rasmi BKP di https://bkp.hasil.gov.my/


INFO PENTING : Untuk maklumat lanjut, para penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

TARIKH PEMBAYARAN BKP 2021

Tarikh pembayaran bagi BKP 2021 akan mula disalurkan bermula pada 26 Oktober 2021. 

CARA MEMOHON BANTUAN BKP

Tiada permohonan dibuka dan ianya insentif yang dibayar secara automatik kepada yang layak berdasarkan data KWSP dan PERKESO.

INFO TAMBAHAN 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, anda digalakkan untuk merujuk laman web https://www.mof.gov.my/ atau https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/

KREDIT : SALAMKERJAYA


 

Post a Comment

0 Comments